
Petikan akhbar Berita Hairan versi Early Edition
17 Mei 2009
Selepas sepuluh minggu, pencarian bakat baru seni nyanyian tanah air berakhir malam tadi apabila Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz diangkat sebagai juara rancangan realiti tv popular Akademi Fantasia Musim ke-7. Kemenangan ini meletakkannya sebaris dengan nama-nama besar yang dah mengecil yang pernah menjuarai rancangan ini pada musim-musim terdahulu seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy.

Kemenangan Hafiz pada malam kemuncak di Stadium Wembley tadi dikatakan berpunca daripada promosi besar-besaran oleh seorang blogger (siapa dia? Klik sini) yang mengikuti perkembangannya dari minggu pertama sehingga konsert akhir malam tadi. Blogger tersebut (enggan namanya disiarkan tapi boleh klik sini) berkata Hafiz sememangnya layak bergelar juara kerana menghadiahkan peminat dengan persembahan bertenaga dan konsisten saban minggu.
“Hafiz sangat versatile… Bagi je lagu mak yong ke, lagu negaraku ke, lagu happy birthday ke.. semua dia boleh nyanyi…”
“Siapa lagi yang layak selain Hafiz? Isma? Adik dia dah menang 1 juta, sudah-sudah la tu… jangan la tamak sangat… Yazid? rambut sarang tebuan tu? Boleh nyanyi ke mamat tu? Akim? Baik jadi pelakon teater je… Aril? Harap muka je hensem (hensem ke?)… bakat takde…” ulas pj selamba (bukan nama sebenar) panjang lebar.
Pendapat beliau turut disokong rakan-rakan blogger yang lain yang turut merasakan Hafiz mempunyai bakat luar biasa setanding dengan Afdlin Shauki dan vokal yang memukau seperti Josh Groban selain rambut Afro miliknya turut menjadi ikutan artis terkenal seperti Alleycats, Carlito (bintang WWE), Ricky Martin (tak jadi sebab rambut pendek) dan Britney Spears (tak jadi jugak sebab tu sampai botak kepala dia). Selain itu, gaya rambutnya juga turut menjadi tunjang kejayaan artis terkenal yang juga Juara Australian Idol, Guy Sebastian.

Dalam satu temuramah bersalam David Letterhead, Guy berkata, “I menang Australian Idol sebab I tiru rambut Hafiz… tak sangka pula pengundi-pengundi suka rambut camni… Terima kasih Hafiz… kalau bukan sebab you, I tak mungkin menang…”
Demikian saja secebis petikan akhbar 17 Mei nanti yang aku dapat pagi tadi. Agaknya kucing yang selalu hantar paper tu tersilap rumah kali ni…


KAH!!KAH!!!SUKA SUKI JERK PJ NIH..KONSERT TUH PUN LUM LAIE..BACA SOKKOBAR 17 MEI PLAK TUH..ISH2..
ReplyDeleteSEJAK BLK KEDAH NIE..TAU LA DAH DEKAT NGAN TANJUNG RAMBUTAN..HEHE
hahahaa..
ReplyDeletelawak beb..
pepun, sokong hafiz..
loves his voice!
yer..hafiz memang layak jadi juara AF7!yeahhh!!gerak gempur tuk hafiz.....gempur!!!!!!!
ReplyDeletehahaha
ReplyDeletetak senonoh ler
pj neh...!
ngarut...
layak ke dia..?ntah tak tengok pun af sebab tak bez...mcm masa aznil jadi pengacara
ReplyDeleteha!
ReplyDeletehafiz?
hiks..
xD
nak akim
ReplyDeletetu la!aku pon terkejut even aku x tgk..tetiba dah tabal jadi juara..
ReplyDeletehaha
ReplyDeletepj ley ramal masa depan ke??
go Hafiz go!!=P
hohoho....lawak2...tp aku mmg sokong hafiz...
ReplyDeletewait, bila aku baca ni...aku teringat 1 fakta...rambut golong2 mcm ni dah jadi trend bagi kebanyakan pelakon jepun & korea sekarang selepas cerita boys over flower....ke pelakon tu tiru hafiz gak...haha
ko dapat paper tu kena baca bahagian kemalangan atau jenayah la, pastu gi selamatkan orang...
ReplyDeletebukan baca bahagian hiburan..
xelok tipu orang tau...
ReplyDeletetapi tekaan ko salah...
maestro baru jek tel aku bagitau aril yang menang...
xcaye tgk la nnt
Hafiz..hafiz..hafiz..
ReplyDeleteakuk sukakkan suarak diak..
aahhh poyo la pj...hahah tp he deserve to win la,.second place goes to akim..okeng!
ReplyDeletedah agak die akan menang
ReplyDeletedie memang power kan
>bAdBoYZ: ni bukan cobaan... ni betul-betul!
ReplyDelete>cik_ah82: yes.. superb voice!
>♥ Cik AyieHeL ♥: ya gempur!
>cik ian@aH Lian~: ngarut? habis tu sape juara?
>IdaAnuar: dah terlebih layak...
>Eazy Izzuddin: a'ah... hafiz... nape?
>sharamli: nak akim pi cari kat pasar tani.. selonggok 3 hengget... haha
>LifeSaver: kena paham.. pj dapt berita ni awal.. kan early edition...
>piKOk: bukan ramal.. tapi dah pernah rentas masa... ngeee
>HuRuL_AiNi: pelakon tu tiru hafiz...
>Lan Bingka: ala.. sekali sekala... lalala
>BeaN MorENo: sapa yang tipu sapa? ko kata aril menang ek? haha... layak ke dia?
>Minister Of Mind: suara dia tu takde la merdu sangat... tapi terbaik la berbanding calon lain...
>helena's: salah lagi.. akim nombor 3! haha
>lea: power camna tu?
Salam.
ReplyDeleteDulu Pak Ngah baca Berita PJ, ini Berita Hairan pula, sbb dua kali keluar ???.
nape la teja xjadi juara ye??haha
ReplyDeletemmg sah hafiz la juara..
ReplyDeletemner la kucing y tslh anta nwsppr tu ea..
nk jgk ah anta kt ika cenggitu..
y edisi 10 taun lagi kew..
tawu jgk msa dpn neh..
=p