Wednesday, May 27, 2009

Jangan panggil aku Nostradamus!

Di sebalik cerita 'ramalanku benar belaka' pasal Hafiz menang AF, tidur malamku terganggu angkara dihujani panggilan misteri bertanyakan 'nombor'. Sudah² la tu... aku bukan tukang tilik, Nostradamus mahupun Nujum Pak Belalang. Aku dah cakap, kucing tu tersalah hantar paper hari tu je. Secara tak langsung, aku dapat tau la berita 3 hari akan datang yang orang lain belum tau... tu je! ampes!

Hmm... dah dah! Ni cerita lain lak...

Waktu orang lain sibuk sambut hari guru, aku mulakan lawatan sambil belajar aku ke Kulim. Bila dah dekat malam baru sampai (tengah hujan lak tu!), mula la kalut nak tengok AF.

Nak dijadikan cerita, malam tu ada live Man U vs Arsenal, semi final Piala Sudirman serentak dengan Konsert Final AF. Ternyata, peminat bola lebih ramai daripada peminat fanatik AF. Maka, terpaksa la aku ajak kakak & anak buah dinner kat restoran yang nak tengok AF.

Lepas pusing satu Kulim (ada dekat 10 restoran), nasib menyebelahi aku bila terjumpa satu restoran yang tengah pasang Astro Ria. Riang hatiku tak terkata, terus saja aku booking meja depan sekali nak tengok konsert punya pasai. Fuh!

Ni dia restoran BIB, satu²nya restoran kat Kulim yang support AF (ayat bodek je ni)


Agak lengang sebab customer lari tak puas hati aku dapat control remote sorang²... padan muka!

Moment of truth (ada korang nampak apa² ke?)... macam yang aku cakap!


Keesokannya, aku pi berkelah pulak kat Air Terjun Bukit Hijau, Baling dengan family kakak. Ni kali ke-4 sampai sini. Air sungai punya la sejuk lebih kurang macam glasier. Tapi puas sebab dapat mandi lama² sampai letih.

Nampak cantik... tapi bahaya tergelincir... ada air terjun yang lagi besar kat atas, tapi tak larat nak panjat bukit...

Family abang ipar ni dah biasa mandi air terjun every weekend sebab dekat dengan rumah.

Aksi anak buah berkuak lentang sambil berpaut batu takut tenggelam.

Jambatan gantung tertinggi di dunia... eh.. ye ke? korang percaya la...

5 budak hitam berendam dalam kolam. Mana sorang lagi?

19 comments:

  1. hiks....
    benar tekaan anda
    beshnye mandi air terjun
    huhu

    ReplyDelete
  2. pas sejuk mndi kt sni..p la air panas kt baling plk...hu3

    ReplyDelete
  3. tak bape nak paham la..hehe apakah motifnye?air terjun kah?nombor kah?af kah?bola kah?

    ReplyDelete
  4. macam tau je tempat ni...hehe

    ReplyDelete
  5. kemana PJ lama menghilang...hang memang orng kulim ker j?

    ReplyDelete
  6. kalau aku ada kat situ pun aku blah, tak puas hati ko control remote...hehe

    ReplyDelete
  7. huhu..bestnye air tejun
    suke ah tuu apiz mng af :P

    ReplyDelete
  8. "Jangan panggil aku Nostradamus!"

    oke2,
    aku panggil hafis sajork!

    ReplyDelete
  9. Salam Pj Selamba.
    Nampaknya balik Kedah hang banyak main. noo.

    ReplyDelete
  10. seksinyeee PJ mengenakan boxer nyeeee!!!!!
    hahaha~~~~~

    ReplyDelete
  11. uhuk~
    ak xpnggl kmu cm2...
    laala~

    ReplyDelete
  12. aku suka mukadimah ko huhu

    pe2 pun ko jgn salahkan kucing yg hantar surat khabar tue..(die ikut skrip je)

    patut salahkan syarikat pencetak coz cetak surat khabar sehari awal

    ReplyDelete
  13. lawa gambor.. update bro... nanti ilang visitors

    ReplyDelete
  14. air terjun bukit hijau!..
    waahh...
    kene pi sane jugak!
    my uncle tunang ngn org sane!
    hehe,...

    btw..jenguk2 sy di..

    http://www.owlkieranaa.blogspot.

    ReplyDelete